Sunday, 24 January 2016

6 Cara Praktikal Mengurangkan Stress dan Tekanan Dengan Berkesan



Kita semua mempunyai cara tersendiri yang kita gemar lakukan untuk mengurangkan stress.

Perkara ini akan membuatkan minda kita dapat melupakan seketika segala kesukaran yang kita hadapi, membantu kita bertenang, dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stress) itu.


InsyaaAllah, artikel ini saya akan kongsikan beberapa cara terbaik untuk menghilangkan stress:



1. Mengurangkan Stress dengan Bersenam.


Saya selalu berlari dan berjoging. Ia satu aktiviti kegemaran bagi saya.

Dengan berjoging, ia akan membantu mengurangkan stress saya dengan banyak cara. Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham.

Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah saya sebelum itu.

Oleh itu amalkan bersenam, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.




2. Mengurangkan Stress dengan Tidur.



Tidur yang cukup dan pada waktu yang tetap akan memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi kita dalam kehidupan sehari-hari.

Tidur yang cukup akan mengecas bateri (tenaga) kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi kita, menjadikan kita seorang yang optimis dan membuatkan kita segar selepas kita mendapat tidur yang cukup.

Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika diwaktu siang. Take a nap. Dalam Islam, tidur ini juga dikenali sebagai tidur Qailullah.

Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15-30 minit sahaja. Mengikut kajian, 1 minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita di waktu malam.

Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.

Tidur sebentar diwaktu siang mampu mengelakkan kita daripada stress, keletihan dan burn out. Ia seumpama system reboot, ia melepaskan tekanan dan menyediakan tubuh kita agar segar kembali.

Selain itu, tidur sebentar diwaktu siang akan meningkatkan produktiviti kita. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari Harvard University mendapati, tidur siang sebentar selama 30 minit, meningkatkan prestasi para pekerja, mengembalikan produktiviti mereka seperti waktu diawal pagi (permulaan kerja)

Bacaan lanjut mengenai tidur Qailullah boleh dibaca disini.




3. Eratkan hubungan dengan teman dan ahli keluarga


mengurangkan stress
Mengurangkan stress dengan keluarga
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah.

Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban yang sedang kita tanggung bila kita hanya duduk dimeja dan bersandar merenung siling. Kita juga mungkin terlupa mengenai mereka pada ketika ini. Ia selalu berlaku kepada saya.

Ketawa, bercerita, dan berkongsi duka lara kita akan membuatkan kita berasa lebih baik dan masalah kita akan lebih terkawal.

Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatilah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. InsyaaAllah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan dikepala melainkan suara mereka yang tercinta.



4. Mengurangkan Stress dengan Membaca Buku & Al-Quran




Saya pernah terbaca artikel di Wall Street Journal mengenai budaya membaca secara perlahan. Ideanya adalah dengan membaca pada waktu tertentu boleh meningkatkan ketajaman minda kita, serta mengurangkan stress.

Jika anda seorang yang gemarkan buku seperti saya, fakta ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Ia memang betul.

Tidak kira bahan bacaan itu bercetak diatas kertas mahupun dalam bentuk digital, dengan meluangkan masa setengah jam untuk membaca pada hari yang sibuk, ia mampu memberikan sedikit kelegaan.

Sebuah buku yang bagus dapat membuatkan saya menjadi diri sendiri, mengeluarkan pendapat saya, di dalam dunia yang serba sibuk ini. Seolah-olah saya terlepas untuk buat seketikan waktu.

Di negara kita banyak penulis buku yang bagus seperti Hilal Asyraf, Dr. Tuah Iskandar, Ustaz Pahrol Juoi dan banyak lagi. Apa yang penting, jika anda bukan seorang yang jenis membaca buku, mulakan sekarang. Ambil masa 30 minit untuk membaca.

Mulakan hari kita dengan membaca Al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.

Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, InsyaaAllah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya.

Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.

Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan.

Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.

Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. (Surah al-A’raaf, ayat 204)

Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghibur perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk.

Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.


5. Mengurangkan Stress Dengan Menceburi Aktiviti Seni



Saya sangat sukakan fotografi. Malah saya membuat servis ambil gambar perkahwinan, bukan untuk keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada untuk release stress.

Saya selalu menghabiskan masa dengan kamera. Ekspresi kreatif dan artistik akan memberi keseronokan kepada jiwa kita, membuatkan minda kita rileks.

Saya percaya setiap orang pasti mempunyai minat sendiri masing-masing, seperti melukis,bermain muzik, menjahit dan bidang-bidang seni yang lain.



6. Bersiar-bersiar & Merenung Ciptaan Allah. Kita pasti bersyukur




Melangkahlah keluar rumah, hidup udara sedalamnya, dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Pasti Anda terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.

InsyaaAllah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaanNya. Dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.

Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa stress kita secara perlahan-lahan, jauh dari kepala kita.



KESELURUHAN PENUTUPNYA


Tidak semua stress itu buruk.

Mengejar deadlines, menyiapkan projek, mendidik anak dan sebagainya, semuanya akan sentiasa membuatkan kita stress. Tetapi dengan tekanan juga akan membuatkan kita bekerja pada tahap tertinggi.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh hidup dengan tertekan atau stress setiap masa. Kita manusia biasa yang perlukan masa untuk berundur daripada segala tekanan dan merehatkan diri. Jika tidak kita akan burn out.

Adakah anda selalu tertekan dan stress?

Apa yang anda akan lakukan untuk mengurangkan stress? Mungkin berbeza daripada cara yang saya sebutkan diatas.

Kongsikan pandangan anda.

Saturday, 23 January 2016

The Underworld (soundtrack)

Stealth Frag (soundtrack)

Showdown (soundtrack)

Rage (soundtrack)

Quad Machine

Pressure Point II

Pressure Point I (soundtrack)

Operation Overlord (soundtrack)

March of The Stroggs (soundtrack)

Kill Ratio (soundtrack)

Ground Zero (soundtrack)

Mekkah Dan Madinah Mulai Turun Salju, Rasulullah Benar Soal Tanda Kiamat



Bismillah Mendapat info dari sahabat di Mekah subuh tadi.Salju turun di pertengahan highway antara mekah & madinah. Dunia sudah di penghujungnya.Mari kita persiapkan perbekalan sebaik-baiknya.
Salju adalah merupakan sumber komponen utama bagi terbentuknya tumbuhan, sungai di dunia.  Saat ini berdasarkan penelitian sains, di jazirah tanah tandus arab tidak terkecuali di tabuk, palestina bahkan di gurun sahara sudah mulai dipenuhi dengan tumbuhan hijau dengan turunnya hujan salju. 

Gravity Well (soundtrack)

ETF (soundtrack)

Desent Into Cerberon (soundtrack)

Crashed up Again (soundtrack)

Counter Attack (soundtrack)

Complex 13 (soundtrack)

Climb (soundtrack)

Big Gun (soundtrack)

Adrenaline Junkie (soundtrack)

Wednesday, 20 January 2016

Funny Video Short Complication 2015

RAHSIA SOLAT LIMA WAKTU

Ali bin Abi Talib r.a. berkata,
"Sewaktu Rasullullah saw duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi lalu berkata, 'Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa a.s. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab.

' Lalu Rasullullah saw bersabda, 'Silakan bertanya.'

Berkata orang Yahudi, 'Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.'

Monday, 18 January 2016

Kedai Kedai Online yang boleh dipercayai

     


Assalamualaikum dan salam sejahter kepada kepada semua tuan, puan. saya disini ingin memberitahu kepada semua sekarang ini banyak timbul dan pembinaan kedai pemilik yang tidak diketahui, terlalu banyak market dan kita tidak perlu pergi jauh-jauh untuk mencari barang-barang yang kita perlukan, tidak sepeti dulu contoh seperti kawan saya di kelantan dahulu kalau mahukan barang-barang terpaksa pergi ke Kota Bharu dengan menaiki bas. tunggu berjam jam untuk mennaiki bas.

       Tetapi sekarang kita tidak perlu pergi jauh-jauh kerana banyak kedai kedai online yang telah disahkan bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia dengan menggunakan komputer klik. pergi ke website jualan market dan kita boleh search barangan yang kita mahukan. bukan mudahkan?.. tak perlu habiskan minyak motor atau kereta. hanya tunggu di rumah barangan sampai sahaja.

Sunday, 17 January 2016

How To Share All Data with Shareit

Thursday, 14 January 2016

How To Make Paper Puppet (so Easy)


see below






Make Money Online